Monday, 3 November 2014

1230

Assalamualaikum semua!
malam ni aku tak tahu nak coret apa kat sarang ni..tapi aku cubalah untuk coret apa saja yang terlintas kat otak aku ni ye..jadi kalau susunan cerita tak betul tu...faham-faham jelah..

tajuk di atas hanyalah ingin promote (cewah!) lagu baru BEAST..'1230'..lagu baru dari mini album dia yang baru.. lagu dia agak lain dari biasa, dia stail ballad + scary melody..but nevertheless, it still jjang!! (2 thumbs up)..so aku post video lagu 1230 untuk halwa telinga korang ye!! (credit to youtube)

 



yang kedua aku nak bebel kat sini ialah aku beli novel baru!!!! oh yeah!! tajuk dia FANGIRL tuisan Rainbow rowell (author of bestselling novel 'Eleanor & Park'). cerita dia pasal Cath, yang merupakan seorang fangirl kat cerita simon apa entah..so dia dan Wren, kembarnya tulislah fanfiction pasal SImon, tapi malangnya semakin mereka membesar, Wren ingin mencari jalan hidup sendiri dan sudah tak berminat dengan fanfiction doirang tu. and then Wren dan Cath masuklah kolej, namun di saam Cath ingin lagi bersama Wren, Wren memutuskan untuk hidup dengan sendiri. maka bermulalah cerita hidup Cath sendirian for the first time, dengan roommate baru, dan boyfriend roommatenya dan orang- orang sekelilingya..( sebab aku tak habis baca lagi jadi aku tak tahu macam mana nak tulis sinopsis dia ,so aku bagi link untuk korang paham lagi ye!)

aku rasa setakat ni sajalah aku nak bebel ni..aku nak study untuk MUET pulak.adios!

XOXO


Sunday, 14 September 2014

hidup sebagai pelajar...AGAIN..

Assalamualaikm u ollz..(gedik sikit malam ni)

agaknya blog aku ni spidernya dah beranak-pinak dah (bukan agak, memang pasti!)..semakin lama aku semakin sbuk, maka blog ini pun semakin dilupakan.kesian mu muchy krunchy blog ni! (sila menangis).

aku pun dah tak ingat latest post aku pasal apa, and aku malas nak scroll balik..jadi aku nak coret sikit pasal hidup aku sebagai pelajar asasi di UiTM puncak alam ni..(palam).

first, i wanna describe  about Palam..it is located in  selangor, near Sg Buloh and klang sentral. tak ada apa-apa kat sini melainkan bukit bukau dan pemandangan hijau. tapi kalau nak pergi jalan-jalan tu..adalah shopping mall SCM, tesco puncak alam dan tesco setia alam dan giant klang sentral dan meru.
 yang pemesnya kat uitm palam ni, tangga kejayaan aka tangga maut. memang tinggi (sila google sendiri). aku turun tangga macam makan kacang je, tapi naiknya memang harammmmm lah,, rela aku bayar rm1 naik bus rapid kl dari naik haha(pemalas).

tak banyak sangt nak cerita kot, sebab yang lain tu macam asrama biasa lah.

hidup sebagai pelajar asasi ni agak tertekan..bayangkan dalam masa 4 bulan nak kena belajar semua benda..and kena struggle, dahlah aku ni jenis malas..lepas tu lecurer laju.memang berbeza terus dengan pelajar SPM..tak boleh rileks langsung T___T. dahlah tak nak cerita pasal benda alah ni

pasal bilik pulak, sini dia punye asrama macam apartment. satu rumah 8 bilik, satu bilik 2 orang. aku sebilik dengan budak PJ, Amalia Hameera aka mak jemah. dia sangat rajin, mulutnya pun sangat rajin. she has a lil crush on aiman hakim redza dan hancur perasaan bila tahu crush dia tu dah berpunya :-P. budak rumah aku yang lain : nayly, alen, qilah, shida, afi and azida..kitorang kamceng la jugak..haha..aku selalu je lepak kat bilik nayly..

kelas aku A5,ambil aliran sains (math, pijik, chemi and bio)..mula-mula belajar macam susah jugaklah, tapi sekarang lagi susah haha! tapi belajar, mana ada senang kan? luckily, i found my inspiration there! ada jugaklah pembakar semangat nak belajar! ;-)

classmates aku dalam 34 orang. and aku rapat dengan TPZ..dia keturunan diraja,tapi perangai tak serupa diraja.. haha :-P sorry TPZ.

ok aku rasa malas nak bebel lagi..nanti tak siap kerja aku.so sekian.

XOXO