so..hari ini( i mean this pagi-pagi dah tak buta) aku nak tulis(hoho) pasal satu lagi komik feveret aku oleh penulis feveret aku, MOTOMI KYOUSUKE!!
komik tu dah melangkah daulat apabila binatang menjadi prince!!(errrrrrrrrrrrr...)
tak ada lah sampai macam tu ye adik-adik..ingat tak lagi cerita pingu kartun tu?yang cute gila-gila tu?
comel tak? dah recall semua pingu ni apa? bagus!!!
so pingu ini adalah sejenis penguin, dan kerana itulah jika ditranslatekan tajuk di atas secara tak betul-betul jadilah..
PENGUIN PRINCE!
penguin prince ni menampilkan 5 buah cerita pendek.mari aku cerita sinopsis satu-satu cerita dalam tu. tapi aku dah tak ingat nama watak sebab dah lama sangat tak baca..hehe
cerita 1:penguin prince
mengisahkan tentang witch dan prince yang hidup satu sekolah. witch ditakuti oleh semua orang manakala prince..well u know, disukai oleh orang especially girls. witch ni sangat membenci lelaki yang nampak je perfect @ prince tadi sampailah takdir menentukan dia tahu kelemahan terbesar si prince tu..apakah kelemahan itu? apakah yang akan witch tu buat?
cerita 2:lagu cinta seribu tahun(ala-ala tajuk ni lah,,dah nyanyuk dah)
mengisahkan tentang pertandingan antara kelas yang turut melibatkan acara hyakunin isshu. dan acara ni memperuntukkan sebanyak paling banyak markah dan kelas yang belakang ni pun terkejutlah,,,jadi mereka dengan sepakat melantik heroin yang amat bijak dan hero yang sukarela masuk walaupun bebal. dari saat itu, mereka mula berlatih sama-sama. namun ada satu rahsia yang disimpan oleh heroin terhadap hero. adakah rahsia itu akan terbongkar? adakah mereka akan jadi pemenang?
cerita 3: adat bersimpuh minum teh
mengisahkan tentang pelajar perempuan yang tomboy, dipaksa menghadiri kelas tatacara nak belajar minum teh (bukan teh cikai je tau, memang aku baca wah banyak nya adab dia!). sepatutnya dia tu belajar dengan si makcik, tapi trut tang tang, anak makcik tu yang kan ajar dia. turns out, anak itu adalah pelajar lelaki paling samseng di sekolah perempuan tu! adakah mampu perempuan tu bertahan selama masa belajar untuk mengubah perwatakan dia?
cerita 4:kau bunga dan teh
ni sambungan daripada cerita ke 3 tadi. heroin dan hero akhirnya berpacaran. namun percintaan mereka diduga apabila heroin mengetahui bahawa hero pernah dicabar oleh seorang wanita umpama anggerik untuk menjadi kekasihnya dalam masa 2 tahun jika hero tiu berjaya mencapai tahap yang dikehendaki anggerik itu. apakah kesudahannya?
cerita 5: mencari bunga 4 kelopak
kisah seorang remaja perempuan yang ternamapak si 'genius' piano yang bermain macam mesin di taman,sedang membuang not-not lagu yang tercatat di atas kertas. setelah beberapa insiden berlaku, dia mula bersahabat dengan lelaki tu, sehinggalah lelaki itu meninggalkan dirinya..mengapa?
okay,cukuplah 5 cerita. apa-apapun, cerita dalam komik ni seperti biasa best dan penuh humor sampai aku terguling baca. rating:4.3/5!!
belilah ya!!baca kat manga pun ada rasanya!
XOXO
No comments:
Post a Comment